teropong

09 December 2011

Kebosanan Lagi

Hyepp :D

Mungkin semua orang rasa cuti adalah perkara yang best, menarik, seronok segala ape lah tapi sbenarnya cuti adalah antara bende yang membosankan. Cube korang thinking out a box, kalau tak cuti dapat jumpe kawan2, enjoy2 segala lah. Kalau cuti, yang best dpt bukak faceback, tweet je, blogB, frenstich la tapi sebaliknye kalau dah buat selalu gerenti bosan, kan?

Berita baru, batch aku dah maju sket, dah ada OfficialBlog...Magnificient 98 Official Blog . Bangga gak la aku kan, ada la jugak improvement siket kan.

Anyway, maybe next week aku balik Mersing kot. I hope I will enjoy the holiday :D

25 November 2011

Cara-cara membuat Telur Microwave (Berserta gambar)

Hari ni aku nak ajar korang cara-cara membuat Telur Microwave. Apakah itu Telur Microwave? Telur Microwave ialah telur yang dimasak dengan menggunakan microwave. Setelah siap, telur ini boleh dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi. Cara ini berkesan jika digunakan pada situasi:
1) Lambat ke sekolah
2) Lambat nak pergi date
dan sebagainya.

Ikuti langkah-langkah dibawah ini

1) Sediakan sebiji telur ( barang wajib )

2) Pecahkan telur tersebut ke dalam mangkuk

SPLASHHH!!!

3) Pecahkan secantik ini.

4) Masukkan mangkuk tersebut ke dalam microwave korang

5) Set-kan masa dalam 2-3 minit. Selaraskan dengan tahap kepanasan mcrowave

TUNGGU DAH LIHAT SAMBIL MUHASABAH DIRI

6) Keluar telur korang dari microwave. Inilah hasil-nya

7) Kalau korang rasa telur ni macam tawar, korang boleh letak kicap, sos Thai, budu etc.
( Gambar di atas aku letak kicap )

That's all. Usaha tangga kejayaan. Never give up.
Thank you. Smile always :D

29 October 2011

Cinta, Sayang, Minat dan Suka

Salam semua adoyaii nye punn..

Hari ni aku nak talk tentang CINTA, MINAT, SAYANG dan SUKA. Well, korang tahukan, manusia ni ada sifat normal dalam diri, semua tu lumrah manusia. Sifat yang aku nyatakan tadi anatara sifat lumrahnya. Orang tengah ANGAU macam aku sekarang ni arh. :D Enjoy it *HIGHLIGHT ruangan putih dibwah untuk membacanya

Cinta - Kita memang mengharap dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)



Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang
di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Smile always :)

26 October 2011

Memenuhi syarat!~

AAARRGGHHH!!
Selesai..

Dah lama kan aku tak update blog ni. Hish! masa men-jealouskan aku la.

Serius aku cakap, aku takde idea nak tulis ape. Nanti2 je lah aku cerita bila mood sampai. Sekarang ni layan game je waktu cuti ni especially Football Manager and Pro Evolution Soccer 2011. Kerja menjahanamkan diri jelah waktu cuti sebab final exam dah habis kan. Siang layan game, malam layan fesbuk. That's all from me. Thank you :DD

30 July 2011

Ahlan wasalam Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Lagi sekali mengadap benda ni. Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua terutama geng-geng aku yang jahanam pulaukan aku.

Aku harap tahun ni aku puasa penuh sebulan setelah 2 tahun aku tak berjaya puasa penuh atas sebab yang tak dapat dielakkan. Aku baik, tak pernah ponteng puasa. Ha..ha..ha

So, esok dah start puasa, malam ni start niat puasa sebulan, Solat terawih pon tahun ni insya-Allah penuh (yela duduk asrama). Tahun lepas bukan rajin sangat pon.

Lagi sekali, aku ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin muslimat. dan kepada 'dia' aku ucapkan selamat berpuasa jugak la. Semoga Ramadhan memberi 1000 keinsafan
insya-Allah.
Sekian sahaja..

SMILE ALWAYS :D

29 July 2011

Pengalaman balik solat Jumaat jalan kaki (Part 2)

Assalamualaikum..
(Maniskah kurma itu)
Aiseymen. Korang ingat lagi, aku pernah cerita tentang balik solat Jumaat jalan kaki dulu. Tapi yang bezanya dulu solat kat Masjid Bandar, yang ni solat kat Masjid Kluang Barat.

Jarak antara sekolah dengan masjid ialah dalam 6-7 km kot. Situasinya sama cuma yang ni jarak jauh sikit.

Dah la kena jalan kaki lepas tu aku disqualified masuk pertandingan berzanji. Tapi yang bestnya malam esok (malam kemuncak MTQ) aku terpilih jadi model untuk busana muslim.

Aku balik dari darjah khas terus kena jumpa USA. Aku kena pakai serban dengan Baju Melayu pink tucked in songket. Nak tak nak pakai je la.
Nasib baik dapat sambutan gemuruh. Aku rasa tu je kot nak citer.
Thanx everyone.

SMILE ALWAYS..

10 June 2011

Boyan

Okeh, hari ni aku nak ceritakan tentang 'Bahasa Boyan'. Pada aku, bahasa boyan lah tapi kalau pada orang lain tak tahu la.
Untuk pengetahuan korang, boyan ialah orang yang tulis perkataan ada tambah ' w '. Contohnya : Bilew, Akuw, Napew, Eww etc. Serius aku cakap aku paling tak suka orang yang gaya tulisnya macam tu.

Aku respect lah Anwar Hadi, korang kenal tak Anwar Hadi siapa. Anwar Hadi ni dia buat video lepas tu upload dekat youtube. Yang aku suka tentang dia ialah die ada buat satu video tentang hal yang aku tengah cakap ni. Ini dia video yang aku cakap tadi video tentang bahasa boyan.
Serius aku cakap, aku nak upload video dia dekat post ni tapi apakan daya masalah teknikal yang menyebabkan video ni tak boleh di-upload. So, ini aku sertakan link videonya. Just click saja. Tak susah, jangan jadi malas sangat.


Aku harap korang tengok video dia. Hope korang enjoy. Ok lah, aku mohon maaf kalau salah tulis ke atau apa. Bye, esok aku balik asrama. Nak tak nak kena juga balik.
Nanti aku post lagi bila balik cuti.