teropong

30 July 2011

Ahlan wasalam Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Lagi sekali mengadap benda ni. Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua terutama geng-geng aku yang jahanam pulaukan aku.

Aku harap tahun ni aku puasa penuh sebulan setelah 2 tahun aku tak berjaya puasa penuh atas sebab yang tak dapat dielakkan. Aku baik, tak pernah ponteng puasa. Ha..ha..ha

So, esok dah start puasa, malam ni start niat puasa sebulan, Solat terawih pon tahun ni insya-Allah penuh (yela duduk asrama). Tahun lepas bukan rajin sangat pon.

Lagi sekali, aku ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin muslimat. dan kepada 'dia' aku ucapkan selamat berpuasa jugak la. Semoga Ramadhan memberi 1000 keinsafan
insya-Allah.
Sekian sahaja..

SMILE ALWAYS :D

29 July 2011

Pengalaman balik solat Jumaat jalan kaki (Part 2)

Assalamualaikum..
(Maniskah kurma itu)
Aiseymen. Korang ingat lagi, aku pernah cerita tentang balik solat Jumaat jalan kaki dulu. Tapi yang bezanya dulu solat kat Masjid Bandar, yang ni solat kat Masjid Kluang Barat.

Jarak antara sekolah dengan masjid ialah dalam 6-7 km kot. Situasinya sama cuma yang ni jarak jauh sikit.

Dah la kena jalan kaki lepas tu aku disqualified masuk pertandingan berzanji. Tapi yang bestnya malam esok (malam kemuncak MTQ) aku terpilih jadi model untuk busana muslim.

Aku balik dari darjah khas terus kena jumpa USA. Aku kena pakai serban dengan Baju Melayu pink tucked in songket. Nak tak nak pakai je la.
Nasib baik dapat sambutan gemuruh. Aku rasa tu je kot nak citer.
Thanx everyone.

SMILE ALWAYS..