teropong

23 April 2010

Kriket Zon Semerah

Dulu aku jadi atlet olahraga kini dah jadi permain kriket bagi zon semerah.Pertandingan ini diadakan di Sk Seri Gading.Format bagi pertandingan ini ialah format round robin.First semerah vs pintas puding(tuan rumah),semerah kalah 1 markah iaitu 25-26.Perlawanan kedua semerah vs senggarang,semerah menang bergaya iaitu 45-24.Perlawanan ketiga semerah vs bandar,semerah menang dengan mudah iaitu 28-27.Perlawanan untuk hari pertama berakhir.....

Hari kedua.......

Perlawanan keempat,semerah vs ayer hitam,semerah hampir menang tetapi apakan daya,perlawanan tersebut seri iaitu 49-49.Perlawanan itu penuh dengan kontroversi kerana pertikaian kecil.Akhirnya pertandingan itu dimenangi oleh pasukan pintas puding dengan 2 menang 2 seri,kedua semerah dengan 2 menang 1 seri 1 kalah,ketiga senggarang dengan 2 menang 2 kalah,keempat ayer hitam dengan 1 menang 2 seri 1 kalah,kelima bandar dengan 4 kalah...

Senarai pemain semerah yang terpilih untuk menjalani latihan pasukan Batu Pahat
1-Muhd.Nurzahin B. Saipolbahri
2-Muhd.Zubair B. Abd.Wahid
3-Muhd.Nor Arif B. Rusdan
4-Muhd Nor Hakim B. Rusdan(adik kepada arif)
5-Aiman Naqib B. Muhd Rahim
6-Muhd Lutfi B. Hanadim

05 April 2010

MSSD Batu Pahat

Rezeki aku semakin melimpah kerana telah dipilih untuk mewakili pasukan olahraga Bagan(atau kini yang dikenali sebagai Semerah).Kejohanan Mssd Batu Pahat telah diadakan di Stadium Batu Pahat.Aku bermain di dalam acara favourite aku iaitu 80m lari berpagar.Tapi sayangnya nasib x menyebelahi aku.Ketika aku bertanding aku mungkin mendapat no 3 atau 4,peluang untuk aku masuk ke peringkat final semakin tipis kerana peserta dipilih memasuki final berdasarkan catatan masa.Apakan daya kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan.Aku x terpilih memasuki final tetapi peserta kedua berjaya memasuki final tapi sayangnya dia tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya,dia x menang.Walaupun aku x menang tetapi aku berjaya mengharumkan nama sekolahku.Alhamdulillah,aku berjaya sampai ke peringkat ini.Ini adalah langkah kanan bagiku.