teropong

10 June 2011

Boyan

Okeh, hari ni aku nak ceritakan tentang 'Bahasa Boyan'. Pada aku, bahasa boyan lah tapi kalau pada orang lain tak tahu la.
Untuk pengetahuan korang, boyan ialah orang yang tulis perkataan ada tambah ' w '. Contohnya : Bilew, Akuw, Napew, Eww etc. Serius aku cakap aku paling tak suka orang yang gaya tulisnya macam tu.

Aku respect lah Anwar Hadi, korang kenal tak Anwar Hadi siapa. Anwar Hadi ni dia buat video lepas tu upload dekat youtube. Yang aku suka tentang dia ialah die ada buat satu video tentang hal yang aku tengah cakap ni. Ini dia video yang aku cakap tadi video tentang bahasa boyan.
Serius aku cakap, aku nak upload video dia dekat post ni tapi apakan daya masalah teknikal yang menyebabkan video ni tak boleh di-upload. So, ini aku sertakan link videonya. Just click saja. Tak susah, jangan jadi malas sangat.


Aku harap korang tengok video dia. Hope korang enjoy. Ok lah, aku mohon maaf kalau salah tulis ke atau apa. Bye, esok aku balik asrama. Nak tak nak kena juga balik.
Nanti aku post lagi bila balik cuti.

03 June 2011

Balik solat Jumaat jalan kaki

Assalamualaikum..

School holidays are begin so, aku nak teruskan rutin balik rumah iaitu cerita pengalaman (tepuk tangan)..
Kali ni aku nak cerita ce..cite..ce..cite..pasal aku berjalan dari Masjid Jamek Baru Bandar Kluang ke SMSJ sebab bas tak datang ambil. Aku pun tak tahu apa masalah die (dreber bas) tu.

Sebelum aku jalan balik tu, ada lagi yang balik jalan kaki tapi aku tak ikut. Abg Jho dengan Abg Kuak pandu kitorang. Budak-budak yang jalan dengan aku ialah Monster, Aku, luqman, Are-kim, Nabil, Raja.
Jarak dari masjid ke sekolah 1-3 km la. Nasib baik senang je nak balik sekolah. Sebagai upah sebab abg-abg tu dah pandu kitorang, kitorang kena belanja diorang air tin*.

Dah la habis dah cerita aku ni..
So, holiday dah start maknanya rutin harian baru pun akan bermula. Tidur pukul 11 dan ke atas lepas tu bangun pukul 9 ke atas. Macam tu lah rutinnya. Facebooking, bloggerin etc. Plan cuti nak pergi mana tu tak tahu lagi. Aku rasa tu je kot yang aku nak ceritakan. So..soley,soley.

Chow..Assalamualaikum
Lain kali aku post lagi

*Sampai sekarang belum belanja lagi