teropong

09 December 2009

10 kereta termahal di dunia

BUGATTI VEYRON
HARGA:$US 1,700,000
Mampu dipecut sehingga mencapai kelajuan tertinggi 407 km/jam.Dikeluarkan oleh Bugatti Automobiles SAS,di bawah kelompok Vokswagen.Dikeluarkan sejak September 2005.Pemecutan untuk 96 km/jam,Veyron memerlukan 2.5 saat.Nama Veyron adalah penghormatan buat pelumba LeMans pada 1939 yang menggunakan Bugatti,iaitu Pierrre Veyron.Kereta ini menggunakan w16,terdiri dari 16 silinder dan berkapasiti 8.0 liter.Satu baris terdiri dari empat mesin.

FERRARI ENZO
HARGA:$US 1,000,000
Juga disebut F60,bermesin 12 silinder berkapasiti 6.0 liter.Nama Enzo diberikan sesuai dengan pengasas Ferrari iaitu Enzo Ferrari.Dikeluarkan pada 2003 dengan menggunakan teknologi Formula-1 seperti badan dari karbon fiber,transmisi dengan pergantian gigi secara berurutan (sequintial) seperti F1, dan rem dari karbon -keramik.Kelajuannya boleh mencapai 301 km/jam.

PAGANI ZONDA C12
HARGA:$US 741,000
Namanya tidak begitu akrab di tanah airnya.Sebaliknya di Eropah,Pagani yang berasal dariItali ini cukup dikenali.Model yang termahal dari Pagani adalah Zonda C12F yang diperkenalkan kepada umum pada Geneva Motor Show 2005.Kelajuan tertingginya 374 km/jam .

SHELBY SSC ULTIMATE AERO
HARGA:$US 654,440
SSC Ultimate adalah kereta terpantas ketika ini.Pemecutan 60 km/jam,dalam waktu 2.7 saat.Kelajuan tertingginya 412 km/jam.Hanya dibuat sebanyak 25 unit.Shelby SSC adalah supercar kebanggaan Amerika Syarikat yang dibuat di Tri Cities,Washington.Kelajuan tertinggi yang dicapai SSC Ultimate Aero memperoleh pengiktirafan dari GUINESS WORLD RECORDS.

LEBLANC MIRABEAU
HARGA:$US 645,084
Melihat namanya berbau Perancis.Ironinya ,kereta ini dibuat oleh sebuah syarikat kecil di Swiss. Bentuknya mirip kereta lumba ketahanan Le Mans.Menggunakan masin DOHC,4.7 liter yang mampu menghasilkan tenaga 700 PS.

SALEEN S7 TWIN TURBO
HARGA:$US 555,000
Satu lagi supercar dari negeri Pak Cik Sam@Uncle Sam,iaitu Saleen s7 Twin Turbo dengan bentuk mirip Ferrari.Menggunakan v8 90 darjah,kapasiti 7.0 liter dilengkapi dengan twin turbo dan mampu menghasilkan tenaga 750 PS.Pemecutan -0-95 km/jam 400: 10.6 saat dan kelajuan tertinggi 399 km/jam.

KOENIGSEGG CCX
HARGA:$US 600,910
Koenigsegg CCX adalah supercar terkini dari Koenigsegg CCX adalah singkatan dari 'Competition Couple X'.X adalah penunjuk ulang tahun ke-10 bagi penyempurnaan dan tes CC yang dimulai pada 1996.CCX direkabentuk sesuai dengan peraturan Amerika Syarikat.Mesin dibuat sendiri oleh Koenigsegg ,berkapasiti 4.7 liter,DOHC,32 katup,V8.

PORSHE CARIERA GT
HARGA:$US 484,00
Porshe Cariera termasuk supercar termahal.Kereta sport ini menggunakan mesin 5.7 liter.V10 yang menghasilkan tenaga 612 PS.Pemecutan 100 km,3.9 saat dan mampu memecut 330km/jam.Meskipun ketika diuji hasilnya ternyata lebih baik 96km/jam 6.8 saat dan kelajuan tertinggi 335 340 km/jam .

MERCEDES SLR MCLAREN
HARGA:$US 455,500
Kereta sport atau supercar yang dikembangkan hasil kerjasama antara Mercedes Benz dengan Mclaren.Kereta ini menggunakan mesin 5.5 liter,V8 dengan sudut 90 darjah dan menghasilkan tenaga 626 PS 2 6500 rpm dan torsi 780 Nm @ 3.250 5.000 rpm.

MAYBACH 62
HARGA:$US 385,250
Inilah kereta empat pintu termahal.Maybach 57 dan 62 adalah kereta pertama sejak syarikat ini bergabung dengan Mercedes Benz.Mesinnya diambil dari Mercedes Benz 5.5 liter,V12 twin turbo yang menghasilkan tenaga 550 PS.

No comments:

Post a Comment