teropong

05 May 2010

Kriket Daerah Batu Pahat

Ni sambungan dari cerita sebelum ni.Daripada 6 orang untuk menjalani latihan daerah batu pahat hanya 5 orang yang terpilih.Pasukan ni menjalani latihan pusat selama 4 hari,dan menjalani perlawanan persahabatan menentang pasukan Kluang.Pasukan ini telah memenangi perlawanan ini dengan bergaya.Kami akan bertanding di Mersing pada 7,8,9 Mei.Tunggulah perkembangan pasukan ini pada masa yang akan datang

01 May 2010

Sambungan Kriket Zon Semerah

Gambar ni diambil sejurus selepas perlawanan Semerah vs Bandar.
Aku yg pkai topi merah.Perlawanan lawan bandar aku x main sebab tu lah aku pkai baju lain.

23 April 2010

Kriket Zon Semerah

Dulu aku jadi atlet olahraga kini dah jadi permain kriket bagi zon semerah.Pertandingan ini diadakan di Sk Seri Gading.Format bagi pertandingan ini ialah format round robin.First semerah vs pintas puding(tuan rumah),semerah kalah 1 markah iaitu 25-26.Perlawanan kedua semerah vs senggarang,semerah menang bergaya iaitu 45-24.Perlawanan ketiga semerah vs bandar,semerah menang dengan mudah iaitu 28-27.Perlawanan untuk hari pertama berakhir.....

Hari kedua.......

Perlawanan keempat,semerah vs ayer hitam,semerah hampir menang tetapi apakan daya,perlawanan tersebut seri iaitu 49-49.Perlawanan itu penuh dengan kontroversi kerana pertikaian kecil.Akhirnya pertandingan itu dimenangi oleh pasukan pintas puding dengan 2 menang 2 seri,kedua semerah dengan 2 menang 1 seri 1 kalah,ketiga senggarang dengan 2 menang 2 kalah,keempat ayer hitam dengan 1 menang 2 seri 1 kalah,kelima bandar dengan 4 kalah...

Senarai pemain semerah yang terpilih untuk menjalani latihan pasukan Batu Pahat
1-Muhd.Nurzahin B. Saipolbahri
2-Muhd.Zubair B. Abd.Wahid
3-Muhd.Nor Arif B. Rusdan
4-Muhd Nor Hakim B. Rusdan(adik kepada arif)
5-Aiman Naqib B. Muhd Rahim
6-Muhd Lutfi B. Hanadim

05 April 2010

MSSD Batu Pahat

Rezeki aku semakin melimpah kerana telah dipilih untuk mewakili pasukan olahraga Bagan(atau kini yang dikenali sebagai Semerah).Kejohanan Mssd Batu Pahat telah diadakan di Stadium Batu Pahat.Aku bermain di dalam acara favourite aku iaitu 80m lari berpagar.Tapi sayangnya nasib x menyebelahi aku.Ketika aku bertanding aku mungkin mendapat no 3 atau 4,peluang untuk aku masuk ke peringkat final semakin tipis kerana peserta dipilih memasuki final berdasarkan catatan masa.Apakan daya kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan.Aku x terpilih memasuki final tetapi peserta kedua berjaya memasuki final tapi sayangnya dia tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya,dia x menang.Walaupun aku x menang tetapi aku berjaya mengharumkan nama sekolahku.Alhamdulillah,aku berjaya sampai ke peringkat ini.Ini adalah langkah kanan bagiku.

13 March 2010

MSSC Bagan

Pertandingan olahraga Mssc Bagan telah diadakan di padang Sm Semerah(tuan rumah)...
19 pasukan bersaing dalam pertandingan ini.....
Sk Peserian telah berjaya memungut 1 perak, 2 gangsa
sumbangan pingat perak itu telah disumbang oleh peserta MUHAMMAD NURZAHIN B. SAIPOLBAHRI(aku) melalui acara 80 m lari berpagar.....pingat gangsa pula disumbang sekali lagi oleh MUHAMMAD NURZAHIN B. SAIPOLBAHRI(aku) melalui acara lontar peluru,4x100 m telah berjaya menyumbangkan pingat gangsa kepada pasukan Sk Peserian....

Ujian Penilaian Prestasi Murid 1(UPPM 1)

Yahhooo
aku brjaya mndapat keputusan yg mmberangsangkan.....
dngan kejayaan mengalahkan persaing ketat aku.....satu dh tumbang,lgi sorang akan dikalahkan pada uppm 2

24 February 2010

pemberitahuan

Saya ingin memberitahu blog ni tidak ada kena mengena dengan biskut coklat yang dibuat oleh syarikat munchy's.
Ini adalah kebetulan yang tidak dirancang.Sekian terima kasih