teropong

03 June 2011

Balik solat Jumaat jalan kaki

Assalamualaikum..

School holidays are begin so, aku nak teruskan rutin balik rumah iaitu cerita pengalaman (tepuk tangan)..
Kali ni aku nak cerita ce..cite..ce..cite..pasal aku berjalan dari Masjid Jamek Baru Bandar Kluang ke SMSJ sebab bas tak datang ambil. Aku pun tak tahu apa masalah die (dreber bas) tu.

Sebelum aku jalan balik tu, ada lagi yang balik jalan kaki tapi aku tak ikut. Abg Jho dengan Abg Kuak pandu kitorang. Budak-budak yang jalan dengan aku ialah Monster, Aku, luqman, Are-kim, Nabil, Raja.
Jarak dari masjid ke sekolah 1-3 km la. Nasib baik senang je nak balik sekolah. Sebagai upah sebab abg-abg tu dah pandu kitorang, kitorang kena belanja diorang air tin*.

Dah la habis dah cerita aku ni..
So, holiday dah start maknanya rutin harian baru pun akan bermula. Tidur pukul 11 dan ke atas lepas tu bangun pukul 9 ke atas. Macam tu lah rutinnya. Facebooking, bloggerin etc. Plan cuti nak pergi mana tu tak tahu lagi. Aku rasa tu je kot yang aku nak ceritakan. So..soley,soley.

Chow..Assalamualaikum
Lain kali aku post lagi

*Sampai sekarang belum belanja lagi

29 April 2011

Laser vs Lampu Suluh

Assalamualaikum..
Aku dapat balik rumah, so, aku nak citer pasal tajuk atas ni.

Ceritanya bermula di sini, Di keheningan malam yang sunyi, aku dan Monster (bukan nama sebenar) tiba2 ada niat yang kurang baik. Alah, biasalah kitorang bukan budak baik sangat tapi nakal sikit2 tu ada larr..
Nak dijadikan cerita, Monster ada laser, lebih kurang macam laser masa Malaysia vs Indonesia larr. Untuk pengetahuan korang, dorm aku dekat dengan post-guard. So,kitorang pon start larr projek, Monster pegang laser tu aku pandu tangan dia.
Aku suluhlah laser tu kat pintu post-guard. Kitorang dah seronok giler main laser tu, bebudak lain dah lama membangkong (tidur). Tiba2 (jeng..jeng..jeng), tengah seronok kitorang suluh tu, kitorang dilintasi lembaga putih yang amat menyeramkan depan kitorang. Mak aih..lebih siot cerita aku ni.
Takde larr, mana ada lembaga putih, aku saja nak bagi suspen. Back to the story....
Masa kitorang best2 suluh laser tu, kitorang dibalas dengan lampu suluh Pak Guard tu yang tahap silaunya macam lampu funfair. Tepat2 pulak tu kena kitorang. Apa lagi sepantas menghirup maggi kari kitorang menyorok.
Sampai sekarang kitorang tengah pikirkan macamana Pak Guard tu boleh suluh tepat2 kat kitorang.
Kenangan manis + pahit ni tak dapat aku dan Monster lupakan. Rahsia ni masih tersimpan rapi sehinggalah post ni dipublish.
BAEK!! Tamat sudah cerita ni..
Lain kali aku cerita lagi..
*Dorm-mate yang turut serta : Ipin, Amir, Ayie, Aza, Nagai

19 March 2011

blast off....

Time to back to school. Cuti seminggu aku rasa macam cuti 2 hari je. Kejap gile masa bergerak. Berat hati aku nak tinggalkan rumah. Ala,apa orang dulu2 cakap tu 'rumahku,syurgaku' lebih kurang macam tu la.

Adoi, lagi2 hari Isnin aku ada UK bukan United Kingdom tapi Ujian Kurikulum la. Target untuk budak lelaki batch aku ialah TAK BOLEH dapat ranking 50 terakhir dalam batch kalau tak, kena jumpa dengan senior. Aku target ranking 50 yang terawal.

Aku balik lepas Zohor nanti. Almaklumlah naik kereta je pon. Nak tak nak, kenalah balik asrama jugak..Apa2 pon, Happy Always :)..

18 March 2011

The Lord Of The Rings The Fellowship Of The Ring

Yaww!! Hari ni aku nak bagi review pasal Lord Of The Ring Chess Version..
Permainan ni sama je ngan chess biasa cume buah catur untuk permainan ni dia gunakan watak dalam citer Lord Of The Ring yang sebenar


check mate!


ni dia buah catur yang aku cakapkan tadi, buah catur yang menggunakan watak


papan permainan, siap ada peta lagi


ada banyak lagi gambar tapi cukup la yang ni untuk contoh
i rated 3 stars for this game..
Kelemahan main game ni: ialah sukar nak tau buah catur apa kerana buah caturnya yang digunakan ialah watak.
Kelebihan main game ni : dia sama je dengan main chess biasa takde beza pon..
OK la..time to sleep
Happy always...

11 March 2011

Sekolah Baru, Kawan Baru, Kehidupan Baru

Ola, Lamakan aku dah tak update blog...
maklumlah dah masuk asrama ni takde masa @ peluang nak update.
Korang mesti tertanaya pasal title post ni kan.
Aku dah masuk Sekolah Menengah Sains Johor hari tu. Nasib baik sekolahnya tak besar.
Dorm aku kat tingkat 4. Tinggikan tingkatnya. Kelas aku pulak kat tingkat 3. Ish3.
Kat asrama ni nasib baik tak campur dengan form2 lain macam asarama abang aku. Yang best kat sini ialah aku boleh sambung karier pemain kriket aku. Aku bercadang nak letak cheat2 code untuk semua pelantar (adoi, topik ape plak ni).
Dalam kelas aku duduk sebaris 4 meja dengan geng2 sekepala dengan aku Madan, Haziq, Raja/Amir. Sekian, Happy Always...

09 February 2011

dah nak pindah makin best pulak kat kelas..

Macam mane ni.. da nak pindah, makin best pulak kat dalam kelas. Rase macam taknak pindah pulak.. hehehe. Hari ni aku dapat 2 present dari kawan, pompuan pulak tu. Sorang tu bagi jam, lagi sorang bagi music box. Love2 gitu. haha. Berita aku nak pindah dah tersebar sampai budak 1 C pon boleh tau yang aku nak pindah. Tadi masa matapelajaran sejarah, cikgunya cikgu kelas aku, dia boleh cakap kat dalam kelas 'siape yang belum bagi surat kat zan, bagi esok' memang best la sejak2 aku nak pindah ni. Asyik bergelak je dengan kengkawan. Esok hari last aku kat sekolah. Nanti aku bagi report pasal hari last kat sekolah. Aku jangkakan dapat 3 present dan berlambak surat. haha
Dah la, aku nak tido..

Happy always..

08 February 2011

new lessons..

Fuhh,susah la nak pegi masuk asrama ni,kene belaja itu la ini la. Aku kene belaja gosok baju,pakai kain pelikat ngan pakai sampin. Maklumlah,aku tak belaja dari dulu lagi,baru sekaran nak belaja.

Perkara2 yang aku tengah belaja:
1) Menggosok baju sekola
40% boleh gosok baju
20% kadang2 boleh,kadang2 ta boleh
40% tak pandai

2) Pakai kain pelikat
60% boleh pakai
30% kadang2 boleh,kadang2 tak boleh
10% tak boleh

3) Pakai sampin
50% boleh pakai
50% tak boleh pakai

well,pratices make perfect..haha