teropong

09 June 2010

trip to the perak..............Eps 3

Mula2 aku nk minta maaf kepada follower cerita ni sbb ada masalah yang tak dapat dielakkan.Disebabkan itu,cerita ini tergantung panjang.

Keesokannya kami pun meneruskan perjalanan...kami pergi ke majlis perkahwinan sepupu kami....Nampak x gambar kat sebelah ni??Ni larh gmbar abg aku...Dia sedap2 makan kat meja pengantin,aku makan kat meja biasa....kat situ jugak berlaku kejadian yang disepatutnya berlaku...tapak kasut tertanggal.....aku terus bergegas pergi bandar beli gam untuk lekatkan tapak kasut semula...






TO BE CONTINUE.......

27 May 2010

Crocs


Baru2 ni aku baru jer baru beli kasut Crocs.Yang bestnya kasut ni ringan dan berkualiti.Bentuk dan warnanya serupa dengan gambar di atas.Harganya agak berpatutan.Jom arr beli kasut ni.

10 May 2010

Kriket Bawah 12 Batu Pahat

Sebelum ni aku ada cerita pasal aku terpilih masuk team batu pahat.Kejohanan ni diadakan di Mersing.Team aku bermain di SMK FAI CHEE.First game batu pahat vs kota tinggi,batu pahat menang dengan mudah.Second game batu pahat vs mersing,batu pahat menang dengan sangat mudah,tapi aku tak main game ni.Semi final,batu pahat vs muar,batu pahat menang dengan sukar.Final,batu pahat vs mersing,game ni aku dah jangka game ni mudah sebab batu pahat dah pernah lawan mersing di peringkat kumpulan,batu pahat menang dengan mudah.Untuk makluman,tahun lepas batu pahat juara dan tahun ini batu pahat sekali lagi mengekalkan kejuaraan.Senarai pemain yang terpilih untuk bermain untuk pasukan JOHOR ialah:

1)Muhd Nor Arif Bin Rusdan (Semerah)
2)Muhd Zubair Bin Abd Wahid (Semerah)
3)Aiman Naqib Bin Muhd Rahim (Semerah)
4)Fakri (Pintas Puding)
5)Shafiq (Ayer Hitam)

05 May 2010

Kriket Daerah Batu Pahat

Ni sambungan dari cerita sebelum ni.Daripada 6 orang untuk menjalani latihan daerah batu pahat hanya 5 orang yang terpilih.Pasukan ni menjalani latihan pusat selama 4 hari,dan menjalani perlawanan persahabatan menentang pasukan Kluang.Pasukan ini telah memenangi perlawanan ini dengan bergaya.Kami akan bertanding di Mersing pada 7,8,9 Mei.Tunggulah perkembangan pasukan ini pada masa yang akan datang

01 May 2010

Sambungan Kriket Zon Semerah

Gambar ni diambil sejurus selepas perlawanan Semerah vs Bandar.
Aku yg pkai topi merah.Perlawanan lawan bandar aku x main sebab tu lah aku pkai baju lain.

23 April 2010

Kriket Zon Semerah

Dulu aku jadi atlet olahraga kini dah jadi permain kriket bagi zon semerah.Pertandingan ini diadakan di Sk Seri Gading.Format bagi pertandingan ini ialah format round robin.First semerah vs pintas puding(tuan rumah),semerah kalah 1 markah iaitu 25-26.Perlawanan kedua semerah vs senggarang,semerah menang bergaya iaitu 45-24.Perlawanan ketiga semerah vs bandar,semerah menang dengan mudah iaitu 28-27.Perlawanan untuk hari pertama berakhir.....

Hari kedua.......

Perlawanan keempat,semerah vs ayer hitam,semerah hampir menang tetapi apakan daya,perlawanan tersebut seri iaitu 49-49.Perlawanan itu penuh dengan kontroversi kerana pertikaian kecil.Akhirnya pertandingan itu dimenangi oleh pasukan pintas puding dengan 2 menang 2 seri,kedua semerah dengan 2 menang 1 seri 1 kalah,ketiga senggarang dengan 2 menang 2 kalah,keempat ayer hitam dengan 1 menang 2 seri 1 kalah,kelima bandar dengan 4 kalah...

Senarai pemain semerah yang terpilih untuk menjalani latihan pasukan Batu Pahat
1-Muhd.Nurzahin B. Saipolbahri
2-Muhd.Zubair B. Abd.Wahid
3-Muhd.Nor Arif B. Rusdan
4-Muhd Nor Hakim B. Rusdan(adik kepada arif)
5-Aiman Naqib B. Muhd Rahim
6-Muhd Lutfi B. Hanadim

05 April 2010

MSSD Batu Pahat

Rezeki aku semakin melimpah kerana telah dipilih untuk mewakili pasukan olahraga Bagan(atau kini yang dikenali sebagai Semerah).Kejohanan Mssd Batu Pahat telah diadakan di Stadium Batu Pahat.Aku bermain di dalam acara favourite aku iaitu 80m lari berpagar.Tapi sayangnya nasib x menyebelahi aku.Ketika aku bertanding aku mungkin mendapat no 3 atau 4,peluang untuk aku masuk ke peringkat final semakin tipis kerana peserta dipilih memasuki final berdasarkan catatan masa.Apakan daya kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan.Aku x terpilih memasuki final tetapi peserta kedua berjaya memasuki final tapi sayangnya dia tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya,dia x menang.Walaupun aku x menang tetapi aku berjaya mengharumkan nama sekolahku.Alhamdulillah,aku berjaya sampai ke peringkat ini.Ini adalah langkah kanan bagiku.